Thursday, December 28, 2006

Azam Tahun Baru?



2006 hampir menutup tirainya, dan 2007 bakal menjelang. Setiap tahun, kebanyakan dari kita akan memasang azam dan cuba untuk mencapainya. Bukan sesuatu yang saya lakukan setiap tahun. Tapi tahun ini, ada keinginan untuk memasang azam dan cuba untuk mencapainya dalam tempoh sepanjang tahun. Rasanya telah sampai masa untuk menjadi lebih matang dan memandang lebih jauh. Melihat ramai kawan-kawan menuju lebih jauh kehadapan, membuatkan diri ini rasa cemburu. So mulai tahun hadapan, saya perlu berusaha untuk memenuhi azam dan cita2 saya. Walaupun segalanya sudah berada di dalam ketentuan-Nya, kita juga perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajati.

So senarai perkara yang perlu dilakukan dan dicapai pada tahun hadapan, pertamanya ialah mentarbiahkan hati dengan mencari guru murshid. Terlalu lama sudah, mata hati ini, meraba-raba di dalam kegelapan. Kena rajinkan diri untuk kembali memakmurkan rumah Allah, skrg ni dah malas sgt nk turun surau, hampeh tul azmir nih. Kembali mengenal Allah dan mendalami ilmu akhirat. Sian kat roh ni, asyik tubuh badan je yg makan sedap2, roh plak kebuluran tak makan. Disinilah point untuk mencari cinta Allah.

Seterusnya di dalam senarai, kena memperbanyakkan simpanan dan mengurangkan pembaziran ke atas benda2 yang tak berpekdah. Ni banyak sgt membazir kat benda2 yang tak perlu. Nak upgrade pc lah, hp baru lah, kamera baru lah, haiz memacam nak kalo ikutkan sgt nafsu nih. So, kena buat belanjawan baru untuk tahun hadapan, ehehe. Persiapan untuk masa hadapan gak ni (nak kawin ah konon). :p

Seterusnya nak cari sorang calon menantu tuk mak aku, ehehe. Bab yang ni nampak mcm paling payah skali. Hmm, kira macam masalah negara plak. Tapi jgn risau sgt, bila kita mencari cinta Allah, mesti dia mengurniakan cinta kepada kita. So, apa yang perlu sekarang nih, menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah Dia akan mengaturkan yang terbaik buat kita. So buat apa nak dirisaukan sgt betul tak. walaubagaimana pun, still kena usaha cari juga, hmm nak cari kat mana ek? Tapi hajat nyer cmtulah, atleast dah ada calon pada tahun hadapan, so target nak kawin masa umur 25 tuh boleh diusahakan.

Secara kasarnya, ni lah antara target utama yang perlu dicapai sepanjang tahun hadapan. Tercapai atau tidak terpulang kepada Nya, tapi kita perlu buat sehabis baik dan senekad yang mungkin untuk mencapainya, betul tak? So doakanlah hajat2 saya nih tercapai yer. Doa dari saya jugak buat kengkawan, supaya semua hajat dan azam yang mendatangkan kebaikan dan keberkatan kepada kalian akan dikabulkan.

Tuesday, December 26, 2006

Terkenang...

Telah sebulan lebih, sepemergian arwah atuk, HJ MOHD Tahir Bin Jamaluddin. pulangnya saya ke kampung, banyak mengimbau kembali kenangan bersama beliau, sejak dari saya kecil hingga dewasa, dari dia sihat hingga sakit dan juga dari beliau hidup sehingga meninggal. Hati sentiasa sebak tiap kali teringatkan beliau, tapi sejauh yang boleh pergi hanyalah lelehan air mata, tidak lebih dari itu. Saat yang paling sebak ialah apabila masuk melihat jenazah arwah di bilik rawatan rapi, pagi jam 8. Hanya air mata yang keluar, tidak sanggup nak menangis kerana melihat adik, mak, nenek dan mak saudara yang bercucuran air mata dan menumpang di bahu saya untuk ditenangkan. Dari saat itu, tersimpannya tangisan buat atuk, sehinggalah kini. kini diri ini seakan tidak reti mahu menangis walaupun setiap kali terkenangkan beliau, hati ini menjadi pilu. Semoga beliau di tempat bersama-sama orang yang beriman, ameen.

Pulang ke kampung, apabila terlihat kerusi roda yang berbalut plastik, teringat betapa gembiranya dia apabila mendapat kerusi roda itu buat kali pertama. seronok dia dapat dibawa ke hulu dan ke hilir kerana sebelum ini, dia hanya terlantar di katil. Tiap kali masuk ke bilik air, terpandangkan besi pemegang yang di pasang oleh paklang saya di dinding, teringat akan dia ketika saya memandikannya. Masuk kebilik, terpandang akan penghawa dingin, teringat betapa suka dia berada dalam sejuk. sejak pemergiannya, penghawa dingin tersebut tidak pernah lagi berfungsi, kerana ianya dipasang semata-mata untuk dia. terpandangkan katil yang digunakannya semasa di hujung usia, teringat bagaimana kami membangunkan dia untuk makan, memakaikan pakaiannya. kini rumah itu sepi, tanpa ada suara atuk yang mengejutkan untuk bangun solat subuh di dinihri, menyuruh mandi apabila senja melabuhkan tirai, memberikan nasihat atau menceritakan pengalamannya semasa makan. Teringat pesan beliau, sentiasa mengingatkan saya supaya tidak lupa sedekahkan Al-Fatihah lepada arwah ayah tiap kali selesai solat. katanya apabila atuk atau nenek dah takde nanti jangan lupa sedekahkan kepada mereka sekali. Al-Fatihah buat atuk.

Semasa kecil, saya banyak menghabiskan masa dengan atuk dan tinggal bersamanya. dulu kalo saya menangis tak boleh tidur, atuk akan menyorong saya di dalam kereta sorong berjalan ke sekeliling taman. sampai kalo dulu, satu taman tahu tentang cucu dia yang sorang ni. hmm terlampau banyak kenangan kalo nak disingkap semuanya. yang pergi tetap akan pergi, yang hidup perlu meneruskan perjalanan di bumi Allah ini. berbaktilah kita kepada mereka sebolehnya. menyesal di kemudian hari tidak berguna. baiklah, takmo sedih sedih dah. kena cari kitab La Tahzan kalo sedih lagi, ehehe.

Selamat Pengantin Baru


Selamat pengantin baru buat Zulaikha dan pasangannya, Syazwani dan pasangannya Sabi, dan juga Helmi dan pasangannya(dlm gambo). woah, seronok betul tgk kengkawan kita nih dah menukar status dr single ke married. zulaikha just buat nikah je pada hari jumaat, 22/12. dgr kata walimahnya tahun hadapan. walau apa pun, tahniah dan slamat menjalani kehidupan bekeluarga. Wanie plak, walimahnya pada 23/12. saya pergi ke rumahnya di taman berlian tampin dengan hisyam, amir imran, n shawal. igt sgt umah wani nih, sbb dulu masa sekolah kat SMKT, lalu umah dia tetiap hari sebab berulang alik dr asrama nak pi sekolah petang2 nak main bola. dah kawin dah sahabat sorang nih. dulu masa sekolah baik gak dengan dia, n baik gak dengan sabi. tak sangka plak leh dengan senior sendiri masa sekolah. hmm dah jodoh kan. masa kat umah wani, jumpa balik kengkawan masa sekolah pedas. kebanyakan nya dtg dengan pasangan memasing samada dah berkahwin or belum. hehe, kita jek yg dtg single, waaaaa. ada nampak akak ruhil (wani punya kakak), seronok bila tgk dia dah bertudung labuh, alhamdulillah. sebelah pengantin laki nya, kenduri pada hari krismas tapi saya tak pi. pada 24/12 hari ahad, kawan baik masa sekolah tampin plak buat walimah, MOHD Helmi B Jahaya. bukan main segak lagi mamat nih masa bersanding, denagn spek itam masa berarak. mmg tak disangka mamat ni yg kawin dulu, hampes tul(jeles ah tu >.<"). Igt nak suh Akmar jemput je saya kat umah, tapi dia lambat sbb ada hal plak kat pusat dakwah seremban, so kena pi dulu, sebab hanafi n adzmir helmi tgh bising tgu saya kat umah pengantin laki. so kenalah pinjam wira mak saya pi. sampai jek umah pengantin, stuk pulak sbb jalan kecik, n keta yg nak kuar n nak masuk bertembung. so kenalah reverse keta skit punya jauh sbb nak bg laluan org kuar. lepas makan, kami lepak tgu pengantin laki. lepas pengantin laki smp, amik gambo sume, kami tgu si budak kecik akmar. ingt nak balik dulu dah, tapi sian plak dia so tgu lah. nak dekat kul 4 baru nak smpai budak tu, lepas diaorg siap makan sume, kami pon blah. so bertambahlah lagi bilangan sahabat yg dah mendirikan rumah tangga. jumpa kengkawan lama, sume duk tanya, "mir ko bila lagi?" ehehe, aku ckp ko bawak mai sorang calon, pastu leh kawin. :p suka suki jek ahaha. apa apa pon, semoga berbahagia buat korang sume, cecepat dapat anak so bleh aku ragging kan nnt. ahaks..

Friday, December 22, 2006

Musim Orang Kawin


Alhamdullillah, ramai dah kengkawan saya menjalankan walimah dan mendirikan masjid. Seronoknya tgk depa nih. Kengkadang jelous gak tgk kengkawan baik dulu, sume dah kawin, kita ni bila lagi ek, ahaks. Minggu lepas afifi kawin. kami berombongan 5 biji kereta nak pi umah pengantin pempuan. Alhamdulillah, slamat jugak kami sampai. Minggu ni plak, kena balik kg. Dua lagi teman rapat masa sekolah, nak menjalankan walimah pada hari sabtu n ahad ni. Dlm plan awal, hujung mgu ni nak pi pangkor, dgn teman masa U, tapi sbb kawan rapat yg nak kawin, so kena lah balik kg. Sian plak tgk member yg rancang sesama nak pi pangkor tu, dahlah co-organizer, skali tak pi plak. ampun dan maaf lah ye, tak bleh nak elakkan. tak baik sgt nampaknya kalo tak pi walimah kawan saya tuh, dah lah dekat ngan umah, pastu mak dia ustazah saya plak masa kat sek. so mlm ni, bertolaklah saya pulang ke N9. pastu smp subuh esok, trus pergi umah Wani. InsyaAllah selamat dia membina masjid dgn senior masa sekolah dulu. Ahadnya pulak, pergi umah Helmi, yang br jek abis study n trus kawin. antara aku, Helmi, n Napi tak sangka plak helmi yg kawin dulu. hampeh nye budak. ehehe, nway maybe akan jumpa balik member2 lama, tak apa lah cite depa nih. hmm k lah, kita jumpa gi next week. salam

Wednesday, December 20, 2006

Motorola Technical Symposium 2006


Alhamdulillah, akhirnya habis jugak majlis ni. Seharian kena berdiri macam pak guard. nak tercabut dah pale lutut ni. Selesanya dah mandi, solat pastu membaringkan diri. nak tido dah senja plak, so dengan kemalasannya mengupdate blog nih. huhu, mentang2 lah baru create, rajinlah konon nak menaip. tak lama lagi, makin susahlah sy nak update blog nih.

Huhu, so kita proceed dengan majlis motorola nih. Pagi nih, kena kuar kul 6.30 pagi, pi umah kak yan amik dia, pastu pi umah kak tin lak. Lepas tu kitorang trus pi Equatorial Hotel. Sarapan kul 7.30, pastu sume usher diberikan radio. pastu ramailah engineer motorola start dtg. dlm kul 9 pagi, kami kena suh depa sume masuk grand ball room sbb majlis nak start. punyalah payah nak suh depa nih masuk, sbbnya sarapan dia sedap beno, memasing asyik duk lepak makan jek. last2, bila waiter dah angkat sume makanan barulah memasing nak masuk.

Dlm kul 11 pg, sume berhenti minum, pastu pergi ke hall ikut track memasing. so saya kena jaga hall untuk track production. bila sume dah masuk, mc pon start kan majlis, n tetiba jek mc panggil nama saya, "azmir tlg preparekan slaid", guna mic. apa lagi kelam kabutlah, sbb tak bgtau pon usher yg kena buat benda tuh, so apa lagi, tercari-cari lah slaid yg mana presenter pertama tu punya. kitorang jugak yg kena jaga lampu, n kena jaga pintu. perghhh, mmg jadi mcm macai sungguhlah ari nih.

kul 11.30, committee member sume makan dulu, so ada usher lain ambik alih tempat saya, sy gi makan luk. dah lah masa makan sat jek, sbb lps tu kena balik n jaga room balik. duduk dlm bilik tu sejuk giler, sampai sume org asyik kuar masuk sbb tak tahan duk lama. last2 kami offkan jek aircond dlm bilik tuh. sebelah petang sama gak kerja kami, cumanya dari pagi tak sempat nak duduk, asyik berdiri jek sbb kena jaga pintu. kak tin dtg ganti saya sat, sbb nak pi solat zohor, n track saya habis paling awal petang tuh. lepa stu sume go back tu main grandball room, untuk majlis penyampaian sijil n cabutan bertuah. cabutan utama dapat krazor sebijik. ckp kat kak yan n kak tin, kalo sy dpt krazor tuh, sy trus cr sorang calon pastu trus kawin. ahaks, sib baik tak dapat kat sy krazor tuh, kalo tak meranalah nak cari calon nak kawin trus.

majlis sume settle dlm kul 5.45 ptg. lepas pulangkan radio kami pon blah. tak sempat nak ambik gambo dengan committee member. dah tak larat dah nak berdiri.lepas hantar kak tin n kak yan balik, sy pon stuck dlm jem nak balik umah. smp jek umah, mandi solat and ngadap komputer nih. n now, azan maghrib baru jek berkumandang, so bye bye lah yek. tgulah lak utk post lepas nih. hajat di hati nak buat tribute skit buat arwah atuk, tgulah kalo ada masa, insyaAllah. salam

Tuesday, December 19, 2006

Mukaddimah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, maka terdetiklah hati saya untuk membuat satu blog sebagai catitan peribadi. Lama sudah terlintas di fikiran untuk membuat satu blog, dan acap kali perjalanan dan dugaan yang saya hadapi ingin saya coretkan, tetapi hajat tersebut ditangguh sehinggalah ke saat ini. Terluangnya masa tanpa tugasan di pejabat, membolehkan saya membuat blog ini, dan membuat post yang pertama sebagai mukaddimah. Tidak terlintas di hati untuk ada sesiapa yang membacanya, kerna blog ini hanyalah sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan pengalaman yang saya lalui. Walaubagaimanapun, saya mengalu-alukan sahabat dan saudara yang meluangkan masa untuk berkongsi rasa, insyaAllah.