Tuesday, January 30, 2007

Balik KG!!!

Salam buat sume. Wahhh lamanya tak update blog, berbuk dah blog ni, ehehe. Nothing special happen, so tak tau nak story apa. Hidup diteruskan seperti biasa. Esok mlm dah nak balik kg. Amik cuti pada hari Jumaat. My cousin kawin this Sunday, so hari jumaat dah kena pi umah dia tlg apa yg patut. Next Monday baru balik ofc balik. Jawabnya kesepian lagilah blog ni, huhu. InsyaAllah masuk arini, dapat jugak sempurnakan puasa sunat 10, 11 Muharam. 9 tu tertinggal, terlupa lak, hampeh betul. Terigt jk nak tgk kalender hari ahad aritu, dah pun masuk 9 Muharam, so sbb pg tu dah belasah minum air, so tak dapek lah nak puas.

As for today, kite beli kamera baru. Canon Powershot A630. dah lama mengidam powershot tu, dr zaman A610 lagi, tapi tgu nyer tgu smp dah ada A640 dah skrg. Mula-mula konfius gak nak amik A710 dgn Image Stabelizer, tapi bila tgk ramai org komen A630 better, so amiklah 630. Ramai yg ckp kenapa tak amik jenis yg lain, sbb nya saya mau kamera compact yg ada function seperti SLR dan ianya ada pada Powershot. Kalo kamera compact yg lain, semuanya auto dan banyak takleh adjust sendiri, as for SLR pulak dah lah kamera mahal, n kite ni bukan pro pon nak guna kamera tu. So berkenalan dulu dgn powershot, dah pro nnt leh lah beli SLR plak. That’s mean good news for u guys, mungkin lepas ni banyaklah gambo yg menghiasi blog ini.

Today also my mother’s birthdays. Still dunno wut to buy. Tipon adik kite, dia pon ckp tak beli hadiah lagi. Hmm nak beli apa ek? Ada cadangan tak? Ehehe. Baeklah, mungkin kite jumpa lagi minggu depan dgn gambo kawin my cousin.

Friday, January 26, 2007

Another Weekend

Salam buat sume. post yg sebelum nih, tu saya ambil dari sini --> http://pondoktampin.blogspot.com/. more info bleh pi laman web tu. saje nak membantu menyebarkan tentang majlis tu. sbb majlis tu dekat ngan umah saya. Surau HJ Ibrahim tu tak jauh dr umah, so kalo sesapa berhajat nak pi, bgtau lah, leh tumpang umah kite. Hajat hati nak sgt pi, tapi masalahnya 17/2 tu housemate pulak kawin kat perak. tambah pulak lagi, kalo projek tak sempat hbs sebelum raya cina, yg tak sambut tahun baru cina ni kenalah tinggal buat keje. so tak pasti lagi mcm mana. ingt nak amik cuti jumaat 16/2 tu, sbb majlis start hari jumaat, tapi mcm takleh pulak, sbb projek last dah hari jumaat tu, kalo tak kena extend. kite tgk je lah mcmana Dia nak aturkan perjalanan sy nnt. kalo dpt pergi, alhamdulillah dapat gak nak isi hati yg kosong ni, kalo tak cecuba lah enjoy keje kat ofc, ehehe.

Hari ni lepas solat maghrib, srg jemaah tegur sy. dia ajak borak, anwar nama dia. dulu pengerusi surau, now tak lagi. dah ada anak 2 org, yg sulung tu form 1. bagus anak dia, slalu ngan bapa dia turun surau. so dia tanya lah asal mana sume. hehe, dia tanya dah kawin ke, sy ckp lum lagi, dier tak caya lak. pastu tanya dah ada gf lum, ckp takde pun dia tak caya. ckp umur br nak masuk 24 lagi tak caya, ehehe. then tanya keje mana sume. cite lah keje motorola n try nak cabut dr sini, sbb jauh ngan famili n takde org lelaki dewasa dah kat kg. so dia ckp syg ah, sbb nnt kurang gi srg jemaah surau tu. tanya tak minta kerja kerajaan ke, jabatan agama ke. sy ckp ah bukan lulusan agama pun, ilmu pon cetek je. pastu dia ckp rupa dah mcm ustaz, ehehe ameen. hopefully perangai pun leh jd cm ustaz gak. pastu memacam ah sembang, pasal surau, ajk surau. hehe, seronok sembang ngan org tua ni. sembang dr lepas maghrib smp lah isyak.

hujung minggu tiba lagi, no specific plan for this weekend. tapi yg pasti nak kemas umah, nak kena mop sume ruang tamu tu, lama dah tak mop.qais n asri turun kl. so mcm besa, kite tgl srg lagi. layan anime lagi lah jawabnya, huhu.

Ijtimak Tolabah Pondok


Majlis Ulangtahun ke 70 Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim -Bongek.
akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan.
disertai:
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA.

sila klik untuk download:

Biografi Ulamak Undangan
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA
Perhimpunan Penuntut-penuntut Pondok SeMalaysia.

Sila sebarkan ... Insyallah, tabarakallah.

Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek. Alim ilmu Falakiah, meninggalkan karangan bermutu dibidang falak/hisab untuk menentukan tarikh raya ,puasa , waktu sembahyang dan berbuka.
Beliau pernah berguru dengan tokoh-tokoh ulamak yang masyhur, diantaranya: Tok Kenali yang sangat terkenal, Pak Wan Sulaiman (Sheikhul Islam negeri Kedah- Mufti dizaman penjajahan), juga Tok Shafie telok bagan ( seorang ulamak tasawuf diMekah). Kegigihan mengajar, mendidik dan mengasuh masyarakat tiada tolak bandingnya diakui .
Tuan Guru Dr. Sheikh Muhibbuddin al Waliy akan mengupas matan al Hikam karangan Ibnu Ataillah as-Sakandari. Dr. al Sheikh ini , yang menuntut ilmu pada al Marhum Ayahnda beliau- Tengku Muda Waliy al-Khalidi, yg sangat mahir diberbagai cabang ilmu, khasnya ilmu alat, kemudiannya ke Mesir menyambung pengajian lalu meraih Doktorah Usul Fiqah. Dari pengakuan beliau , mempelajari kitab al Hikam dari Ayahnda beliau. Bersama kita mendengarkan kupasan yg jitu dan dialog yg menjernihkan kekerohan.. insyallah.

Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang- Ulamak terkini dari Fathoni Darussalam , berjaya memikat hati perserta kuliah berkitab beliau pada setiap hujung minggu di Masjid Bandar Patani dan Nibung (Yala) dengan kehadiran ribuan orang. Diakui berkebolehan mendamaikan masyarakat sehingga kebolehan beliau diakui pemerintah. Beliau insyallah akan menjelaskan masalah Ilmu Tawhid, khasnya soal ayat-ayat mutasyabihat. Kitab yang akan dijadikan teks kuliah majlis adalah kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan"- karang beliau sendiri , dan sebuah lagi kitab terjemahan matan "Tijan al-dharari"- juga karangan beliau. Ditambahkan seri lagi dengan sesi soal jawab kemuskilan. Insyallah bersama kita mengambil manfaat.

Tuan Guru Haji Wan Saghir- Pengkaji sejarah Ulamak-ulamak melayu yang tidak asing lagi. Ilmu dan kajian beliau yang melaut , dapat memuaskan kemuskilan khasnya berkenaan Keilmuan dialam Melayu yang dikaitkan dengan method pengajian tradisional (pondok).

Dimanakah hebatnya bangunan batu?,
jika tidak asalnya dari pasir dan batu..
Dimanakah pula lebihnya alim lulusan U?,,,
jika tidak asalnya dari ulamak melayu dulu-dulu....






Sila klik untuk download
PETA KE MADRASAH AL_ISLAMIAH –
PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK

ACARA KEMUNCAK- FORUM PERDANA -AHLI PANEL ADALAH TIGA ULAMAK UNDANGAN TERSEBUT.

Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya, insyallah. Antara acara selingan yang menarik, pameran sejarah ulamak melayu daripada Khazanah Fathoniah dan jualan kitab-kitab ulamak melayu yang bermutu.

Thursday, January 25, 2007

Oh my car!!

Salam buat sume. Hehe, ni dah boring giler kat ofc, so amik masa sat tulis blog. My car kena calar. Smlm balik dr ofc baru perasan, kena calar sebelah driver, dr depan smp ke belakang. Dah lah sebelum ni ada 2 kesan lekuk n calar now siap tambah lagi dgn decoration baru. Bagus betul depa ni. Memula tu rasa bengang tul, tapi duk piker balik, biarlah. Bend dh nak jadi, apa lagi yg kita nak ckp, betul tak. Kalo dah Tuhan takdirkan, keta kite tu dpt hiasan baru kat body dia, so kite terima je lah. Just nak doakan kepada mereka yg mungkin terbuat secara sengaja atau tak sengaja, biarlah saya dan mereka ini, tergolong di kalangan org yg berada di jalan yg benar, di campakkan Nur dan Hidayah oleh Allah ke dalam hati saya dan mereka, supaya kami menjadi insan yg lebih baik, insyaAllah. Payah nyer saya ni nak menjawab kalo mak saya tanya, tiap kali tipon umah, mesti dia tanya keta apa khabar. Hehe, tu yg payahnyer tu. Satgi dia susah ati lak, takkan nak bohong kut. Calar baru ni, mak saya tak tahu lagi, hehe kalo dia tau, tah2 dia suh hantar keta balik umah trus, huhu.

Ya Allah, Kau letakkan penulis dan pembaca blog ini di kalangan orang yg berada di jalan yang benar. Dan Kau bimbinglah kami menuju kepada-Mu. Ameen.

Tuesday, January 23, 2007

Saman oh Saman !!!

salam buat sume. eh tu bukan salman khan pelakon hindustan tu tau. ni kes saman traffik ler. so arini kite gi lah jugak bayo, kena pi IPK kat jalan SG pinang dekat gorgetown. dari rm300 dia kurangkan rm100. patutnya, yg kena saman masa ops sikap takleh buat rayuan, tapi org tu buat tak perasan jek tarikh aku kena saman tu, so alhamdulillah lah dpt gak kurang. my very 1st summon and atas kesalahan gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan. ehehe, hampes tul. tapi takpe lah, sume ni satu pengajaran n ada hikmah disebaliknya yg perlu saya pikirkan. pi cari balai tu takde masalah, masalah nyer masa nak balik ke ofc. aku bawa 4 org skali pi balai, last2 sumenyer hampes, tak tau jalan balik. last2 skit lama nyer pusing2 dlm town, jumpa gak jalan balik. hehe, akibatya, terlepas ah jalan nak gi bandar jelutung tu, sbb qais nak amik barang dier kat situ.

now kite tak melarikan diri lagi, tapi maybe ada org lain yg lari dr kite kut, ehehe. tadi kat surau, jumpa lagi org tabligh tu. so kali ni kite stay ah, tak lari lagi. bile dgr dia berckp tu, mengingtkan sy, yg leh katakan sume depa ni bila bg tazkirah, guna stail percakapan yg sama, takpon, isi2 yg nak disampaikan tu mesti sama. tapi takpe lah, yg penting apa yg nak disampaikan tu, betul tak. bila hbs je, mcm biasalah tanya sapa yg nak keluar, sume jemaah surau ni tunduk kepala, ehehe. sy ni tak pasti lah, tapi dr dulu lagi, hati ni tak terbuka lagi nak mengikuti jemaah mereka ni. tak pasti ni satu kerugian or sebaliknya buat saya. yg penting bg sy skrg, kena cr srg guru rohani, yg leh membawa saya mengenali Pencipta. ilmu tauhid yg menjadi buruan buat masa ni. n jikalau golongan tabligh ni adalah golongan gy mengikuti jalan yg baik dan benar disisiNya, insyaAllah sy berdoa dibukakan pintu hati untuk join depa ni satu hari nnt.

Monday, January 22, 2007

Crazy Weekend!!

Salam buat sume. woah dah tiga ari bercuti, esok will be back to work. this weekend is fun + boring. boring course cuti lama sgt n tak buat apa2 n fun when we go to Bukit Merah. strat cuti ari sabtu, sy tinggal srg kat umah. Zuhair pi date also qais is out for date. so kite ni duk umah sensrg ah. pastu dah boring sgt, tipon naim suh mai. hehe, bila naim mai, kami pon pi kuar lepas solat asar ajak aizat skali. we go meet aida n zuhair. all of us go watch "Forbidden Siren" kat BJ. n here we solat at BJ n saya pi jadi imam. pastu plak, lepas solat kite join aizat n naim masuk karaoke box tu, tgk depa nyanyi, kite tak nyanyi ah. also play shooting game at game arcade. pastu ckp kat depa, satgi kalo ada lah makmum solat maghrib tadi dia tgk saya, mesti ckp "eh ni imam solat maghrib tadi ni, now pi karaoke plak". ehehe, mengong tul saya nih, buang tabiat ah tu :p

On sunday 6 of us go to Bukit Merah. 2 couple and 2 single, ehehe. out from house around 9, lepas gi maik aida n awek qais kat umah aida, kami pi minum pagi n bertolak pi dlm kul 10 pg. smp at Bukit Merah dlm kul 11. we all amik ecopark package. at 11.30 kami naik bot pi pulau orang utan, they said it was the 1st orang utan island in this world. seronok gak lah tgk gelagat depa ni. pi kat pulau tu, kami yg dlm sangkar depa kat luar. after that, kami pi ecopark. tgk berbagai jenis menatang. also bila smp kat situ, ada animal show. after puas jenjalan kat situ, kami naik chairlift, crossing waterpark. lepas abis jenjalan, kami makan dulu thne go back to penang about 3 pm.

On monday, tak buat apa2 pun, mostly duk dlm bilik, surfing, tgk tv, layan anime. one things that i learned over this weekend ialah saya faham dan bersyukur, kenapa until now Dia let me alone. sbb sy rasa i will be no diff then other couple if i got gf at this moment. sehingga belum tiba masa yg saya betul2 bersedia dr segi mental dan wang untuk mendirikan masjid, rasanya walking the path alone will be a very good way for me. bila tiba waktunya nnt, pasti Dia pertemukan saya dengan tulung rusuk kiri sy yg ilang itu. oh ya, aizat did invite me n naim to work at Dell. looking forward into it. will pass my resume to him tmr. really hope i can get a new job there. its a time to move n make changes in my life.

Saturday, January 20, 2007

Hijrah

Salam buat semua. Alhamdulillah, berjumpa lagi di pagi 1 Muharram 1428. Rasa begitu bersemangat pulak hari ni. Terasa diri ini berhijrah dari seorang yg diikat kepada seorang yg bebas. Ada baca tentang post nak larikan diri yg sy post sebelum ni? sebelum ni lari nyer lari, sentiasa kembali ke tempat yg asal sbb ada tali yg mengikat dan menarik ke tempat yg asal. Alhamdulillah, hari ni tali tersebut telah putus dan tidak perlu melarikan diri lagi, hanya perlu terus berlari menuju kepada-Nya. MasyaAllah rupanya begitu besar rupanya nikmat disebalik kecewa ni. Kehancuran cinta kita pada makhluk itulah merupakan permulaan cinta kita pada DIA. Begitulah cantiknya jalan yg dirancang oleh Allah untuk hambanya yg dhaif ini. dicampakkannya cinta hamba ke dalam hati hambanya, kemudian dikecewakannya supaya dia sedar ada cinta yg lebih besar iaitu cinta kepada Pencipta. hati kita hancur disebabkan hamba-hamba-Nya.. membuatkan kita berpaling kepada Tuhan Segala Hamba-Hamba... menyebabkan Hadrat Rabbul-Jalill menjadi suka kat kita.... apakah perkara lain yang lebih beruntung daripada ini....?

Alhamdulillah, sy telah pun melakukan hijrah saya, bagaimana pula dengan antum semua? ana doakan agar antum juga mendapat rahmat dan nikmat di dalam berhijrah dari seorang yg baik, kepada yg lebih baik, insyaAllah.

Ya Allah....Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dgn hatiku...Titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi

Ya Allah..Tuhanku Yang Maha Mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini...Ketepian
yg sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku...Bawalah ia jauh dari
pandanganku....Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Ya Allah..Tuhanku Yang Maha
Mengerti....Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit...Hilang
bersama senja nan merah agarku bisa bahagia...Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah Yang Tercinta..Gantillah yg telah hilang....Tumbuhkanlah kembali yg telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku...Pasrahkanlah aku dgn takdirmu...Sesungguhnya apa yg telah Engkau
takdirkan adalah yg terbaik buat ku kerana Engkau Maha Mengetahui segala yg terbaik buat hamba
Mu ini...

Ya Allah...Cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat...Dengarlah
rintihan dari hamba Mu yg dhaif ini...Jgn Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di
akhirat...Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..Kurniakanlah aku seorang
pasangan yg beriman...Supaya aku dan dia sama2 dpt membina kesejahteraan hidup ke jalan yg
Engkau redhai & kurniakanlah padaku keturunan yg soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Friday, January 19, 2007

Salam 1428 HIjrah


Salam buat semua.Bertemu semula pada tahun 1428 hijrah. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang hidup di dunia ini untuk mempersiapkan diri bagi perjalanan yang seterusnya, insyaAllah. Hari ni sambutan maal hijrah dibuat kat surau sini agak baik. alhamdulillah ramai jugaklah yg turun. tapi muka2 yg turun semua nya muka yg sama masa bulan puasa. tapi lebih baik dr hari biasa, paling tidak masuk juga smp 2 saf. kami start majlis dengan tahlil sebelum maghrib, disambung dengan bacaan do ahujung tahun, then lepas solat maghrib, bacaan doa awal tahun kemudiannya bacaan yasin. lepas solat isyak, ada sedikit juadah disediakan. esok tak tau mcm mana pulak, harap2 masih lagi ramai yg turun memeriahkan rumah Allah itu.

dah masuk tahun baru ni, seperti biasa lah kan, semuanya sibuk dengan azam baru. kite just amik azam yg sama untuk tahun masihi je. nak tau apa azam nya, kena semak balik lah post yg sebelum ni, ehehe. jum imbas balik apa yg berlaku pada 1427. nak list sume tak igt, so bebrapa perkara yg kite igt je ek. 1stly, got 1st job kat motorola. hehe, so smpi skrg ni jugak kite masih lagi tersadai kat sini. next is got my first own car and also got my first big accident with that car. n bila dah eccident tu, also got my first saman. dulu buklan main eksen lagi tak pernah kena saman, skali kena haaa amik, kecuaian semasa memadu sehingga mengakibatkan kemalangan, kekeke padan muka kite. n baru jek tadi mak kite tipon, bgtau surat saman dah smp umah n kena bayo dlm masa seminggu, uhuhu. the biggest things that happen last year, atuk tersayang kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat arwah ayah dan atuk. so basicly tu jer benda yg kita rasa big that happen last year. maybe ada yg lain, tapi buat masa ni tak teringat plak.

baeklah, banyak lagi misi yg perlu diteruskan tahun baru nih. semoga tahun ini lebih baik dr tahun sebelumnya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau berikanlah petunjuk dan hidayat kepada penulis dan pembaca dan bimbinglah kami menuju jalan yang benar, ameen.

Thursday, January 18, 2007

Ngantuknya~

Salam buat sume. Hari ini kat ofc ngantuk sgt, rasanya tido awal dah mlm tadi, hmm. So amiklah kesempatan taip blog ni sat, kasi ilang nagntuk skit. Hajat nak puasa hari ini, tapi smp tghari boss plak ajak kuar makan ngan edmon n hew. So, pi lah ikut depa makan skali. Sampai kat sana, dtg pulak bos kite nyer bos, makna nya big bos utk boxtest team ni. Dia pon dtg join n duduk skali ngan kami. Dah duduk ngan org pangkat beso2 ni, kite pon speechless ler, tak tau nak sembang apa. Duk dgr je depa sembang, skali skala jd tukang gelak, ehehe. Yg sebeno nya bos nak buat open discussion dgn pekerja2 dia, skali dia nyer bos plak dtg join. Jadinya buka topic lain lah. Subuh esok nak pi amik zuhair plak kat terminal bas, dia dtg dr Terengganu nak pi jumpa buah hati nya kat sini. Hujung minggu ni cuti 3 hari, takde perancangan lagi nak wat apa. Yg pasti, petang jumaat mesti ingt baca doa hujung tahun lepas solat asar n baca doa awal tahun lepas solat maghrib. Dah nak masuk tahun baru hijrah suda. Kite baru je tahu tarikh lahir ikut tahun hijrah iaitu 24 Safar 1404. maknanya dlm bulan 3 nnt umur kite dah masuk 24 tahun ikut tahun hijrah. So, perancangan asal ikut tahun masihi kena anjakkan lebih kurang setahun awal. Maksudnya target nak kawin umur 25, kalo ikut tahun hijrah dlm tahun depan je lah. Ades, cmne nak kejo plan nih. Hehe, ikut je lah buat lagu mana pon. Sumenya keje Tuhan, so takyah nak pening2 pale, betul tak? Kalo ada rezeki, sampai lah hajat tu. Hajat tahun baru hijrah, rasanya sama jek ikut tahun masihi. Baeklah, nak sambung kije balik, rasa ngantuk dah ilang.

Tuesday, January 16, 2007

I wanna run away !!!

salam buat sume. e'eh nak lari ke? nak lari pi mana? huhu, pi je lah memana. yang mana mungkin membawa diri lebih hampir kepada-Nya. nak lari dari mana? nak lari dari sini ler. kenapa pulak yg duk nak lari ni? hehe, yg ni takleh nak jawab, rahsia negara, uhuhu. biarlah kite dan kite sahaja yg tau ek. maybe adalah sebab musababnya kut, yg mungkin menyebabkan tidak sesuai untuk trus berada di sini. so sesapa yg ada keje kosong kat tempat korang bgtau ek, hehe.

baiklah cukup suda merapu. hari ni, surau kami ada 3 org tabligh dtg menziarah. ana sampai je nak solat isyak, dia salam n cakap lama tak nampak. terperanjat jugak dgr, bile kala lah pulak ana jumpa dia sebelum nih, ehehe. dia tanya, mcmana makmum masa bulan puasa? maybe sbb dia tgk skit sgt umat kat surau tu kut, ana jawab, alhamdulillah adalah dlm 2 3 saf. agaknya, dia dtg masa maghrib tadi, and solat takde org turun kut. ana plak arini tak sempat nak jemaah maghrib sbb lewat balik men bola. so lepas isyak tu, bangunlah salah sorang dr depa ckp, insyaAllah lepas solat sunat, kita ada sedikit majlis fikir dan amal, minta jemaah suh tunggu. hehe, pada mulanya nak jugak tunggu, sbb nak tanya depa nih, kalo2 tahu mana ada kuliah tauhid yang bagus, tapi tgk qais dah cabut, pastu dahlah letih men bola tadi, satgi depa mesti tak tgu ana kuar mkn, so ana pon cabut gak lah. hehe, ni kira run away gak nih, hampes betul.

Monday, January 15, 2007

Hukuman berat peralat kanak-kanak kutip derma

Salam buat sume. tajuk di atas ialah tajuk sebuah artikel di akhbar berita harian bertarikh 15 januari 2007. Sebelum ni kan sy ada post pasal eksploitasi kanak2 dlm kutip derma. Apa yg ada dlm fikiran sy skrg, sy nak cuba cari keratan akhbar ni, pastu photostate and bg kat insan2 yg duk gunakan anak mereka untuk kutip derma kat masjid bayan baru tu. Saya lampirkan di sini petikan dari artikel tersebut.

--->

KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak termasuk memperalatkan mereka untuk mengemis atau mengutip derma melalui pindaan Akta Kanak-kanak 2001.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pindaan akta itu yang sedang dilakukan memberi tumpuan kepada siasatan dan tangkapan agar polis dapat menyegerakan tindakan.

“Peruntukan hukuman bagi kesalahan ini akan dikaji semula supaya dijadikan satu pencegahan dalam menangani isu ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Shahrizat berkata, mesyuarat berhubung isu kutipan derma membabitkan kanak-kanak antara kementeriannya, Kementerian Pelajaran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, bersetuju agar polis meningkatkan penguatkuasaan Akta 200-Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Di Jalan 1947.

Beliau berkata, Jakim akan memaklumkan semua Jabatan Agama Islam negeri mengenai keperluan individu atau pertubuhan mendapatkan permit polis sebelum melaksanakan kutipan derma di tempat awam, jalan atau dari rumah ke rumah termasuk bagi mendirikan atau membina masjid, surau dan rumah anak yatim.

Katanya, kementerian juga akan mengambil daya usaha menerajui penyelarasan dan penyeragaman syarat serta peraturan kelulusan kutipan derma oleh setiap agensi sebagai langkah membendung aktiviti itu.

“Daripada perbincangan yang diadakan, jelas tiada keseragaman dari segi syarat dan peraturan berkaitan kutipan derma yang diamalkan oleh pelbagai agensi di negara ini,” katanya.

Pertemuan pada Selasa lalu yang dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Najib Abd Aziz, diadakan berikutan isu mengeksploitasi kanak-kanak yang timbul selepas lima pelajar Pusat Tahfiz Amal Kedah maut dalam satu nahas jalan raya bulan lalu..

Sunday, January 14, 2007

Tak tau nak taruk title apa ~


salam buat sume. rasa malas sgt nak tulis blog, dr semalam rasa nak tulis smp ke ari ni lah baru tergerak tangan ni nak menaip. tu pon lepas skit nyer lama biarkan page posting ni terbuka, last2 tulis jugak akhirnya. this weekend, apa yg dirancang pada hari jumaat sume tercapai. 1stly, nak pi ikut fifi n asri gi mancing. kami pi lebih kurang kul 8 pg. berempat sume, fifi, asri, shahdan and ako tukang tengok, ehehe. depa sume yg memancing, kite ni tukang nyibuk je. saje nak tgk org memancing. dulu arwah ayah pernah belikan rill pancing tu, tp tak pernah guna pon. pernah memancing ngan arwah ayah kat kg, di tali air sawah depan umah. so kali ni saje nak tgk. kami kat situ smp tghari, hasilnya 5 ekor ikan gelama, 2 ekor ikan buntal dan fifi dpt seko ikan pari(dlm gambo). asalnya nak pi mancing ikan kerapu, asyik merapu jek, seko kerapu pon tak dpt. next, dapat beli brg umah skit, walaupun ada je benda yg lupa nak beli, tp dpt jugak yg lain. dpt kemas bilik, n basuh baju. huhu, takde perancangan lain. minggu depan tak tau nak buat apa lak. baeklah, esok dah nak keje, kena settlekan covert n gcc issue. tak lama lagi dah nak masuk tahun hijrah yg baru, 1428. so slm maal hijrah buat sume.

Friday, January 12, 2007

Appreciation Dinner


salam buat sume. hehe, couple of days menghilang sbb takde idea nak tulis apa. hari ni dept kami buat appreciation dinner kat Revolving Restaurant, City Bay View Hotal. Restoran berpusing kat tingkat atas skali hotel tu. dinner sbb kami baru hbskan dua projek. last time, kami buat kat EQ hotel. pada mulanya, hati tak sedap je nak pergi, tapi dah bgtau kat depa nak pergi pergi. so nak tak nak pergi gak lah. kami pi strait dr ofc, smp kat hotel tu dlm kul 6.30 ptg. huhu, makan buffet kat hotel, almaklum je lah. lepas masuk waktu maghrib, kami pi solat sat. lepas solat balik kat restorant tu balik, adalah pulak band yg nyanyi kat situ. masa tu meja kami bebetui kat depan depa, sbb meja tu berpusing. so ada srg laki, 2 pompuan n srg pondan. dah lah baru jek lepas solat, naik2 ada pulak depa ni ngan pakai seksinya, hampes tul. dah tu pulak, bila pondan ni nyanyi, kami satu meja pi bantai gelak skit nyer kuat. jahat tul kami ni, ehehe. pastu dlm kul 9 lebih kami pon blah, kul 10 lebih br smp umah. perghh letihnya hari ni. esok planning nak pi tgk fifi gi mancing ngan asri. banyak gak benda nak wat hujung minggu ni. nak pi bayo duit umah, beli barang umah skit. hmm gambo tak upload lagi, dah ada gambo nnt, kite letak k. okes, salam.

Wednesday, January 10, 2007

Saad Bin Muaz

Ok kite sambung lagi post sebelum ni. Saad bin Muaz, beliau ada seorg sahabat yg berkulit amat hitam. kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata jgnlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat yg lain samada ada diantara mereka yg tahu tempat tinggal seorang gadis yg amat terkenal kecantikannya di madinah pada waktu itu lalu jawablah seorang sahabat. sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yg menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, saad pon menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau saad keluar dr rumahnya. lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan saad yg hodoh orgnya itu? maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana saad itu adalah pilihan Allah dan Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Pulang Saad menemui Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. kemudian dtg bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Di tanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? maka jawab saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar (kalo tak saya, nnt sy check balik) dan meminta 10 dinar dan saidina Ali berjumlah 10 dinar. lalu pergilah saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. lalu Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

semasa memilih barang keperluannya, terdengar saad jeritan mengatakann Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba, lalu saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. sesampainya beliau dilihat telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah saidina umar (yg ni pon lupa, sahabat yg mana, nnt check balik). berbisik-bisiklah sahabat yg lain mengatakan siapakah itu kerana saad perperisai penuh menutup muka, ada yg mengatakan mungkin dtg dari yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.

dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah di panah lalu tumbang, saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yg lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya. Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh pon isteri beliau. Berkata Rasulullah, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar pengorbanan para sahabat yg sanggup meninggalkan isteri yg baru mereka nikahi untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah. Rasa sedih sgt kalo dgr ustaz tu bercerita. maaflah kalo banyak fakta yg ilang sbb lupalah, dgr ceramah sambil buat testing, mcm tu ah jadinya, ehehe.

Imam oh Imam !!

salam buat sume. hehe, br je ilang gemuruh lepas kena tolak ngan imam surau suh jd imam. kalo sebelum nih, tak kisah sgt bila kena jadi imam surau , sbb masa tu imam surau tu mmg takde. so makmum yg lain tu tgk jangkut kite ni panjang skit agaknya, men suka ati jek suh kite jd imam. tapi hari ni walaupun imam surau tu ada, dia plak yg suh kite jd imam. apa lagi, ketak pale lutut lah jawabnya. sbb kalo diikutkan mereka yg baik bacaannya yg kena pi jadi imam, dan imam surau tu kalo baca mmg bagus n best. so kalo nak compare ngan kite ni, rasa cm kecik je. alkisahnya bila dah gemuruh ni, abis ah lupa sume ayat nak dibaca, dah lah kena pakai mic kasi satu saujana height dengar, isk3 nasib baik ler takde silap baca ayat walaupun jantung mcm nak pecah dah.

kite ni mmg darah gemuruh skit, mmg takleh suh berucap nyer lah. berleter je pandai, tapi kalo letak kat depan org ramai, jawabnya mmg dari hujung kaki, sampai hujung rambut hbs ketak. buleh ckp dpn org yg skit n org yg kite kenal je, tp bile suh berucap abis ah. ingt lagi bila kena berucap masa perasmian satu program masa kat U, sbb masa tu kite pengarah program, menggigil-gigil berucap, pegang mic pon kantoi, ehehe. hampeh tul wakil rakyat srg ni, nama jek perwakilan mahasiswa tp kecut perut bile berucap. dah tu nak wat cmne, pemalu lah katakan, ehehe. bile sume org duk tgk kat kite, haa apa lagi serba tak kena lah jadinya.

agaknya cmni lah rasanya kalo dah kawin nnt pastu pak mentua suh jadi imam, ehehehe. takpe takpe, sume tu perlu dijadikan pelajaran. kalo setakat jadi imam kat surau yg ada satu saf je makmum pun takleh nak pi, cmne nak pergi lagi jauh dlm hidup ni betul tak? mmg sentiasa nak belajo ilangkan rasa gemuruh ni, tp tak reti2 lagi. kekadang tu org je yg tak perasan, tp bila suh present tu berpeluh-peluhlah dibuatnya. kalo nak jadi seorang pemimpin, perlulah berani kan. kononnya khalifah di bumi Allah, sampai la ni, bile tgk org buat maksiat kat sebelah pun tak berani nak tegur. begitulah lemahnya iman kalo nak dijadikan ukuran.

Azmir ohhhh azmir, berubahlah dan jadilah insan yg lebih berani dlm menegakkan kebenaran. bile sebut pasal berani ni, pg tadi masa kat ofc ada dgr satu ceramah tafsir surah al imran dr satu laman web. tak pasti siapa yg bg ceramah tu, sbb takde nama pulak. dml ceramah tu beliau ada menceritakan mengenai kisah seorang sahabat iaitu Saad Bin Muaz. eh dah panjang sgt lah pulak post yg ni, hmm kite sambung next post lah ek.

Tuesday, January 9, 2007

Syahidnya seorang pejuang atau tumbangnya seorang diktator


Terdetik di hati untuk melahirkan rasa sedih terhadap apa yg dilakukan kepada seorang pemimpin sunnah, iaitu Saddam Hussein. Akhbar berita hharian hari ini, memaparkan berita mengenai mayat saddam yg disiksa selepas kematian beliau. perkara ini amat menyayat hati, sekujur mayat yang mahu dimandi jenazahkan sekali pon perlu diperlakukan selembut dan sehalus mungkin, kerana arwah baru sahaja melalui azab mati yg begitu hebat sakitnya. inikan pula menyeksanya sejurus meninggal.

Mungkin terdapat ramai diantara kita tidak sedar, bahkan saya sendiri di satu ketika dulu, yg puak syiah ini yang hanya pada namanya sahaja adalah Islam. Mereka ini adalah fitnah yang paling besar ke atas umat islam. Mungkin kite berasa bangga dengan kemenangan Hizbullah yang menentang Israel di labenon tidak lama dahulu, dan dgn tanpa sedar melahirkan rasa mahu menyokong mereka, tanpa kita sedar mereka ini adalah dikalangan golongan yang sesat. Ajaran sesat yang terbesar di dalam islam adalah syiah. syiah sendiri terbahagi kepada beberapa pecahan tetapi kebanyakan darinya adalah menyimpang dr islam dan menolak sahabat nabi disamping mempercayai imam yg 12, yang disamatarafkan bahkan lebih mulia dari para nabi dan rasul.

Jadi sekiranya kita tidak sedar tentang perkara ini, golongan kafir telah mengaburi mata kita dengan merencanakan kekejaman Saddam Hussein. tetapi tahukah kita bahawa apa yg beliau lakukan ialah memerangi golongan sesat. Seorang pemimpin sunnah yang menggadaikan nyawanya demi memnentang puak yg sesat. perang dgn Iran juga begitu, pemimpin Iran sendiri ada dr kalangan Syiah, dan apa yg dilakukan oleh Saddam Hussein skali lagi ialah menentang puak yg salah. Jadi sedarkah kita, di pihak mana kita skrg? Jika kita tahu betapa sesatnya mereka ini, maka akan kita sedar betapa menakutkan kesesatan mereka ini.

Sedih mengenangkan penghinaan yg diberikan kepada beliau, sy mengambil kesempatan untuk menukilkannya, agar jika tidak banyak, sedikit cukup untuk menambahkan bilangan mereka yang sedar tentang pengorbanan yg telah beliau lakukan dan menyedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan org syahid. Di sini saya senaraikan beberapa link yg menerangkan tentang asal usul syiah dan kesesatan mereka. Semoga kita ditempatkan dikalangan org yg mendapat rahmat dan perlindungan daripada-Nya, insyaAllah.

1. Raudah
2. SaifulIslam
3. Albayyinat

Ustaz oh Ustaz!!

Mlm tadi lepas maghrib, borak ngan srg pakcik ni kat surau. dia ckp dulu kat surau tu ada kuliah lepas solat maghrib, 2 kali seminggu. Skrg takde lagi, sbb bila ustaz tu dtg, ada 2 3 org je yg ada, tu pon org tua2. Masa mula2 start kelas dulu ramai gak, pastu habis takde org, so ustaz tu pon, takmo dtg nak ngajar lagi. Biasa sudah kita dgr kes2 begini, tapi kali ni bukan nak komen pasal mana hilangnya manusia2 tu td, or anak2 muda yg lepak tepi longkang di kala azan bergema, tapi nak beri pendapat skit pasal ustaz2 ni. Ada satu kisah, saya lupa sgt dr mana saya baca or dgr, n tak brapa igt nama sahabat ni, insyaAllah nnt saya cuba carik balik. kisahnya, srg sahabat ni slalu bg kuliah dan pada satuhari bila dia hadir untuk memberikan kuliah, dilihatnya tetamu begitu ramai. kemudian beliau berkata, aku tidak boleh memberikan kuliah pada hari ini. so sahabat yg lain bertanya kenapa, beliau menjawab kerana, beliau takut timbul sifat riak dan takbur bila melihatkan begitu ramai yg dtg mahu mendengar kuliah beliau. Ni cerita sahabat, tetapi lain pulak ceritanya dgn ustaz2 kita pada hari ni.

saya tidak mengatakan semua ustaz sedemikian, tetapi ada sebahagiannya sedemikian. semasa di kg, masa raya haji, pak sedara sy srg membangkitkan cerita yg dia tak pernah jumpa ustaz yg bila disoal dia tidak tahu, dan jawapan yg diberikan kadang kala tidak memuaskan hati. kenapa mesti ada ustaz2 kita ada sifat begini? tidak semestinya seorg ustaz itu perlu mengetahui semua perkara, ustaz juga hanyalah seorg manusia. kalau tidak tahu atau tidak pasti akan jawapan yg perlu diberikan, kenapa tidak mengatakan tidak tahu, atau akan cuba mencari maklumat mengenainya. berbalik kepada perkara asal, jika sahabat dulu, tidak mahu memberikan kuliah kerana bilangan pendengar yg ramai, tp ustaz kita pd hari ni pula, tidak mahu memberikan kuliah kerana bilngan pendengar yg sedikit. tidakkah, mereka ada tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada mereka yg sedikit itu tadi, yg dtg dgn ikhlas hati mahu menuntut ilmu.

Saya pernah jumpa seorang ustaz, yang sanggup mengajar dan membuat kelas hanya kepada seorang anak murid kerana anak murid ini tadi pergi berjumpa beliau untuk belajar. bukan kisah dongeng tapi berdasarkan pengalaman, sbb sy pernah mengaji tauhid ngan ustaz ni n anak murid tadi tu adalah sahabat sy, tp skjp je, takde rezeki sbb now keje kat penang. ustaz ini mengorbankan masa peribadinya dengan memulakan kelas pada jam 11 mlm, sbb sepanjang hari, dia sibuk ngajar. masa tu pulak beliau ni br mendirikan rumah tangga, tp dia ngajar kami smp kul 1-2 pg. ini ada antara salah satu ustaz yg bg saya patut dicontohi oleh ustaz yg lain. tiada alasan jika murid yg hadir sedikit, kerana walau sedikit pun, mereka ni hadir untuk menuntut ilmu.

Nak jumpa seorang guru yang murshid bg mendalami ilmu bukan senang, sesuatu yang berharga tentunya tidak mudah didapati, betul tak. so marilah bersama, meneruskan pencarian agar dipermudahkan oleh-Nya dan dipertemukan dengan seseorang yang membimbing kita menujju ke jalan yang betul., insyaAllah.

Monday, January 8, 2007

Back to work!!

Hari ni dah start keje kembali. Jalan jem jadi semakin teruk, sbb sume dah start keje n anak2 dah start skolah mgu ni. minggu lepas tak teruk sgt sbb masih ramai yg ambil cuti seminggu. masa paling best pi ofc ialah masa cuti sekolah. jalan clear jek, takyah sangkut dlm jem. hari mendung jek, dah start ujan dr petang sabtu. pg ni hujan berenti n mendung jek, kalo still ujan lagi, mesti jalan depan umah ni tenggelam ngan air. planning ari sabtu mau gunting rambut n isi minyak moto is done. n hari ahad ingt nak pi basuh keta, also done jugak, tp bukan aku yg basuh, hujan yg tlg basuhkan, ehehe. now bersih ah skit keta tu. tak tau nak sembang apa lagi, nnt ah sambung kat next post. pg td masa drive nak pi keje ada je benda nak cite, tp bila start wat keje pg nih, sume ilang suda. ehehe, takde rezeki korang ah nak baca tu.

Friday, January 5, 2007

Esok cuti lagi~

Salam buat sume. Esok dah cuti balik, nak buat apa ek hujung minggu nih. Takde plan khusus untuk hujung minggu ni, cume nak pi gunting rambut n pi isi minyak motor. Rimas sangat rambut panjang nih, n moto lak dah berkurun tak jalan, sian moto tu, huhu. Bahagian utara dijangka hujan mulai hari esok, so petang ni nak basuh baju n kena prepare maggi sbb kalo hujan malas nak kuar umah, ^_^”. Minggu depan dah start testing covert, arinih dah dpt 2 biji covert for testing. Ajak Kak Yan pi Asset team jadi developer tuk 2 bulan dia takmo, ckp takut balik lambat sbb banyak keje, so sbb takde member kite pon maleh ah nak pi, sbb kalo join asset team kena pi cyberplex mean kena tukar ofc. Plan nak pi swimming still tak execute lagi, manjang takde geng je nak pi sbb minggu sy ada sini, asri lak balik, bila asri ada sini, saya lak balik kg. Jadinya takde lah kesampaian lagi hajat nak pi swimming kat PISA tu.

Hari ni masa pi masjid Bayan Baru utk solat jumaat, jumpa lagi manusia2 yang mengeksploit kanak2 utk mengutip derma. Sian bebudak kecik tu bila mak dia biar anak dia duduk dlm keadaan panas bawah matahari pastu mak dia pegang cawan minta derma. Masalahnya, satu famili habis dia angkut jadi peminta sedekah, dari sume anak2 dia, nenek2 nya ngan datuk nya pon ada. Sumenya pegang cawan minta sedekah, tetiap minggu mesti ada. saya taklah kedekut tapi cara diaorg ni gunakan kanak2 tu dan menyeksa depa tu yg saya tak setuju sesangat. Pastu lak, kalo memasing hilang upaya tu lain ah cite, maknya muda lagi, sihat tubuh badan, takde pulak yg hilang tangan ke, kaki ke, so kenapa tak guna kudrat yang Allah bagi tu pi cari rezeki melalui jalan yang lebih baik. Bukan takleh amik upah basuh pinggan ke, sapu sampah ke, apa2 je lah. Ada skali tu, masa bulan puasa, nak turun tangga, lepas solat, perempuan tu duduk tepi tangga n pi nyusu badan anak dia. Saya punyalah geram, tak pepasal je nak aniaya kitorang nih punya pahala puasa. Punyalah besar kawasan masjid tu, pi tepi tangga jugak. Balik je ofc pastu, Yong jadi mangsa sbb kena dgr saya berleter, ehehe. Tak pasti kenapa jawatankuasa masjid tak buat apa2 and takde sapa yg report kat jabatan kebajikan masyarakat. Dah boleh dikenakan tindakan depa tu sbb menganiaya kanak2.

“Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang meminta”. Apa2 pun, kalo kena gaya dan caranya tak salah meminta sedekah tapi kalo tak betul caranya tu, kita pon rasa mcm tak sedap nak sedekah. Mcm kes bebudak Pusat Tahfiz Amal tu, dah lima org meninggal sbb kemalangan balik dari minta derma, barulah pihak JAKIM nak buat tindakan. Banyak kali jumpa diaorg kat sekitar penang nih, kat masjid lah, kat BJ lah. Memula tu derma jugaklah, abis dah ubat dia, kalender dia sume ada, tapi lelama tu jadi was2 plak, sbb memanjang ada depa nih n merata-rata tempat. Kita takut ada sindiket plak, so skali tu sy Tanya srg budak ni bila dia dtg minta derma, sy tanya ni sekolah tahfiz kan, so awak ni tahfiz lah ye, ngan teragak-agak dia ckp ye. So sy tanya lagi, dah bape juzu’ dia hafal, trus senyap dia. Lepas tu jumpa lagi srg budak lain, di hari yang lain, sy tanya gak, dia jawab ada dua bahagian, satu tahfiz n satu lagi perniagaan so dia bahagian perniagaan. Hmm memacam gaya lah org nak mempergunakan org lain kan.

Baiklah, panjang nyer berceloter, nak pi solat Asar plak, sedikit lewat dah ni, huhu. Sekian.

Thursday, January 4, 2007

2007 is here!!

Salam buat sume. Post yang pertama dlm tahun 2007. dah setahun berlalu dlm tak sedar. Setahun yg lalu, baru je lepas habis study kat UTM. Semakin hari, waktu yang berlalu semakin pantas, tanpa kita sedari. Umur dunia pon semakin tua, begitu juga segala isi di dalamnya. Sedar ke tak sedar kita ni ek? Banyak sgt dah peringatan dan petanda yang Allah turunkan mengingatkan kita betapa singkatnya masa sebelum tiba waktu berakhirnya dunia. Dah terang benderang pon petanda yang Tuhan berikan, kita ni masih lagi leka, duk mengejar dunia. Yang bercintanya sibuk bercinta, yang bekerjanya sibuk bekerja, yang berseronoknya sibuk berseronok, tak ramai pulak yang sibuk beribadat kan. Semoga tahun baru ini, memberikan kita kalo tidak banyak, sedikit kesedaran untuk kembali muhasabah diri. Di kira kembali, banyak mana dah amal kita, cukupkah sebagai bekalan untuk kemudian hari, banyak mana pula dosa yang telah kita lakukan, telah bertaubatkah kita, sejauh manakah kita telah mengenali diri kita , sejauh manakah kita telah mengenali Pencipta kita dan sebagainya. InsyaAllah bersama-samalah kita saling ingat-mengingati agar dapat sedar dari lamunan mimpi indah yang singkat ini.

So nak cite plak apa yang kita dah buat sepanjang cuti ni. Masa raya aritu, ramai je sedara-mara balik kg. so dapatlah jumpa sedara-mara and buat makan2 skit kat umah. Yang lain, pi betulkan pagar umah, sbb dah koyak dah pagar tu. Lama dah pagar tuh, saya, arwah atuk dan arwah ayah yang pasang pagar rumah tu. So sekarang tinggal sy sorang, so sylah yg kena baikkan pagar tu. Pi lah pasang kawat duri skali, n hasilnya cantiklah tangan saya ngan parut2 sbb luka duk pasang kawat, ehehe. Esoknya plak, pi cabut pagar yang memisahkan kawasan umah ngan reban ayam. Sebab ayam pon dah kena korban masa raya, tgl skit je lagi, so nenek suruh cabutkan trus pagar tuh sbb payah org nak racun rumput. So semalamnya pi betulkan pagar, esoknya pi cabut pagar yang lain. Pastu tolong pak sedara tebang pokok durian belakang umah. Dah bertahun dah pokok tu tapi tak berbuah gak, n sebab pokok tu menghalang tempat sidai kain, nenek saya suh tebang kan je. Sian pokok durian tu, ehehe. Masa arwah atuk ada, dia tak bg tebang pokok tu. Pak long saya ckp durian jantan lah tu, sbb nenek yg tanam, ehehe.

Masa raya aritu, saya jadi driver untuk paklang n maklang sy yang nak pi menjemput org kampong sedara-mara belah nenek sy utk nikah anak dia bulan dua nih. Anak dia takmo jadi driver, dia ckp “mir, ko kenal ngan org kg, ko pi lah” hampes tul. Anak dia marshitah, sepupu sy kawin 4/2 nnt. Rupa2 nya cik yong kenal ngan sepupu sy yang srg nih. Masuk dia, yong kenal ngan 2 org sepupu sy, sebelum nih dia ckp dia kenal ngan izat. Hmm dia kenai dah ngan sepupu2 sy, tapi dia nih masih lagi misteri, uhuhu. So saya pon pi lah bawak paklang, maklang ngan nenek sy pi merayau pi umah sedara mara. Banyak umah gak yang kami pi, dekat sepuluh biji, sampai malam lah merayau aritu. Cuma yang tak bestnya, setiap umah yang saya pi, mesti ckp saya ke yang nak kawin, kalo tak pon, bila lagi, ada tuh siap ckp sy dah kawin, adeih ni yg payah jadi bujang teruna nih, kuikuikui. Siap nak tolong carikan calon pon ada. Hmm ada2 saje lah, kira standard ah kan umur cm kite nih bujang lagik.

Hari ni, dah start keje balik. Ehehe, besa lah bila dah lama cuti nih, nak balik keje skit nyer malas. Apa2 pun, keje mesti keje, hidup mesti diteruskan, ilmu dunia dan akhirat perlu terus dipelajari. Be a better person then before, today is better then yesterday n tomorrow is better then today. Okeylah set ur goal, and make ur step to archived it. Cuti-cuti Malaysia 2007, uhuhu.