Tuesday, February 20, 2007

Poligami?

Salam buat sume, hari ni masih lagi bekerja huhu. nak amik masa skit update blog ni. arini nak talk about kes bunuh anak sendiri sbb protes laki nak berpoligami. cik jat telah pun mengambil langkah awal bg komen pasal mende ni, tapi sy still nak bg komen sy gak sbb kes ni berlaku dekat sgt dgn umah kita iaitu di batu maung.

Tersentuh hati bila melihatkan kanak2 yg baru nak mengenal dunia dibunuh oleh ibu sendiri. siapakah yg mahu kita salahkan di dalam kes ini. pertamanya mesti kita ingt dan kembali kepada asal, iaitu segala yg terjadi adalah di dalam kekuasaanNya. yang boleh kita ambil ialah pengajaran dari kisah tragis ini. ini ialah contoh di mana nafsu amarah memenuhi segenap ruang akal dan hati, tiada lagi tempat untuk iman. seorang isteri yang marah akan suaminya kerana mahu berkahwin lain, lalu di ambil kesempatan oleh syaitan untuk masuk ke dalam hatinya melalui pintu marah ini, dan di gelodakkan oleh syaitan akan nafsu amarahnya, maka tiadalah lagi ruang untuk pertimbangan akal yang waras, mahupun bimbingan dan bantuan dari iman.

Melihatkan tragedi ini, teringat saya tentang kisah mengenai seorang kanak2 yang tidak mahu masuk ke dalam syurga sehinggalah beliau boleh membawa kedua ibu bapanya masuk bersama. ada hadis atau ayat Al-Quran mengenai kisah ini. itulah betapa beruntungnya bagi ibu bapa yg diuji Allah dengan mengambil anak mereka ketika mereka kecil. jadi bagaimanakah pula dengan kes ini? apakah kanak2 tersebut akan menunggu ibunya dipintu syurga untuk di bawa bersama? satu persoalan yg bermain di fikiran saya, dan masih lagi tiada jawapan. mungkin kalao ada rezeki, dapat bertemu dengan alim yg boleh memberikan jawapan.

Saya takmo bagi komen banyak pasal poligami ni, nnt ada plak yg ckp sy ada hati nak berpoligami plak. umum mmg mengetahui bahawa tiada salah bahkan ianya suatu sunnah untuk berpoligami, jadi kenapa plak kita nak membantah sehingga begitu sekali. selama mana si suami berlaku adil kepada isteri isterinya maka tidak sepatutnya berlaku sebarang masalah. contoh yang terbaik telah pun ada iaitu baginda Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wasallam. bersamalah kita menjadikan tragedi ini suatu pengajaran buat masa hadapan, insyaAllah.

Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada penulis dan pembaca blog ini, dan letakkanlah kami di kalangan orang yang benar.

2 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam azmir,

semoga ibunya bertaubat & dosanya diampunkan Allah kerana dialah ibu yg mengandungkan 9 bulan & menyabung nyawa melahirkan mereka..

Azmir Abdullah said...

wslm ajami,

insyaAllah begitulah yang sebaiknya.