Again salam buat semua. post ni extend dr post sebelumnya sbb nak crita skit pasal tauhid ni sbb dah tersebut dlm post sebelum ni. sy ni bukanlah org yg sesuai untuk berbicara pasal tauhid ni, sbb ngaji bab tauhid pon tak habibs, tetapi sekadar nak berbicara mengenai suatu perkara asas yang mesti ada di dalam diri setiap muslim.
nak berbicara tentang keyakinan kepada Allah ni bukan suatu perkara yg senang, dan kalau kita sendiri tak pergi dan menuntut ilmu ni dr guru yang murshid, payah untuk kita faham. so skrg ni, sy bukan nak cerita panjang pasal tauhid ni, kalo nak belajo kena cr guru ler, sy pon masih mencari lagi.
baiklah, now kita nak bercerita tentang keyakinan terhadap kekuasaan Allah. setiap muslim wajib percaya, semua yg berlaku di atas dunia ini, baik yg kita nampak dan juga yg kita tak nampak, adalah kerana kekuasaan-Nya. rasanya umum biasa dengar mengenai kalau kita sakit, kita akan makan ubat dan apabila sembuh kita percaya ubat itu yg menyembuhkan kita, dan ini tertakluk di dalam kategori mensyirikkan Allah, iaitu syirik kecil. ini telah menjadi mindset bg masyarakat umum. contoh lain, kereta kalau mahu bergerak memerlukan minyak, tanpa minyak kereta tidak boleh bergerak, jadi minyaklah yg menggerakkan kereta? apakah betul kenyataan itu?
ini adalah antara mindset yg perlu kita ubah sebagai seorang muslim. perlu sentiasa ingt bahawasanya, setiap yg berlaku itu, adalah di atas kekuasaanNya. Tanpa keizinan dan kekuasaan Allah, maka banyak manapun seseorang itu makan ubat, maka tidak akan sembuh sakitnya dan dengan kekuasaan dan keizinan Allah, seseorang itu sembuh dr sakitnya walaupun tanpa memakan apa2 ubat. sungguhpun kenderaan itu tanpa minyak, dengan kekuasaan dan keizinan Allah, Dia mampu membuatkan kenderaan tersebut bergerak.
haiz, bab tauhid ni kompleks, so takleh ngaji dgn baca buku jek. tapi apa yg sy ign cetuskan di sini ialah, suatu kesedaran di dalam diri kita bahawasanya apa jua yg berlaku di dunia ini, adalah di dalam ilmu, kekuasaan, dan pengetahuan Allah S.W.T. so, jgnlah kita berasa pelik dan hairan sgt dgn berita2 budak perempuan boleh mengeluarkan kaca dr kaki lah, mengeluarkan permata dr mulutlah, wajib percaya dengan kekuasaan dan keizinan dari-Nya, apa jua boleh berlaku. sbb manusia ni lebih2 lagi org melayu nih, suka sgt dgr cerita pelik2, dan kemudiaannya menjadikan nya sebagai suatu kepercayaan karut marut. pokok pinang berwajah manusia lah, pisang berbuah berkali-kali, pokok balak mengeluarkan buah seperti pisang, dn memacam lagi. selagi kita yakin semuanya adalah kekuasaan Allah, maka ianya tidak lagi pelik buat kita.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kau berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada penulis dan pembaca blog ini, dan bimbinglah kami menuju jalan yang benar, dan bukakanlah mata hati kami untuk mengenal-Mu, Ya Allah. Ameen.
Wednesday, February 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment