Monday, January 15, 2007

Hukuman berat peralat kanak-kanak kutip derma

Salam buat sume. tajuk di atas ialah tajuk sebuah artikel di akhbar berita harian bertarikh 15 januari 2007. Sebelum ni kan sy ada post pasal eksploitasi kanak2 dlm kutip derma. Apa yg ada dlm fikiran sy skrg, sy nak cuba cari keratan akhbar ni, pastu photostate and bg kat insan2 yg duk gunakan anak mereka untuk kutip derma kat masjid bayan baru tu. Saya lampirkan di sini petikan dari artikel tersebut.

--->

KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak termasuk memperalatkan mereka untuk mengemis atau mengutip derma melalui pindaan Akta Kanak-kanak 2001.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pindaan akta itu yang sedang dilakukan memberi tumpuan kepada siasatan dan tangkapan agar polis dapat menyegerakan tindakan.

“Peruntukan hukuman bagi kesalahan ini akan dikaji semula supaya dijadikan satu pencegahan dalam menangani isu ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Shahrizat berkata, mesyuarat berhubung isu kutipan derma membabitkan kanak-kanak antara kementeriannya, Kementerian Pelajaran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, bersetuju agar polis meningkatkan penguatkuasaan Akta 200-Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Di Jalan 1947.

Beliau berkata, Jakim akan memaklumkan semua Jabatan Agama Islam negeri mengenai keperluan individu atau pertubuhan mendapatkan permit polis sebelum melaksanakan kutipan derma di tempat awam, jalan atau dari rumah ke rumah termasuk bagi mendirikan atau membina masjid, surau dan rumah anak yatim.

Katanya, kementerian juga akan mengambil daya usaha menerajui penyelarasan dan penyeragaman syarat serta peraturan kelulusan kutipan derma oleh setiap agensi sebagai langkah membendung aktiviti itu.

“Daripada perbincangan yang diadakan, jelas tiada keseragaman dari segi syarat dan peraturan berkaitan kutipan derma yang diamalkan oleh pelbagai agensi di negara ini,” katanya.

Pertemuan pada Selasa lalu yang dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Najib Abd Aziz, diadakan berikutan isu mengeksploitasi kanak-kanak yang timbul selepas lima pelajar Pusat Tahfiz Amal Kedah maut dalam satu nahas jalan raya bulan lalu..

No comments: