Mlm tadi lepas maghrib, borak ngan srg pakcik ni kat surau. dia ckp dulu kat surau tu ada kuliah lepas solat maghrib, 2 kali seminggu. Skrg takde lagi, sbb bila ustaz tu dtg, ada 2 3 org je yg ada, tu pon org tua2. Masa mula2 start kelas dulu ramai gak, pastu habis takde org, so ustaz tu pon, takmo dtg nak ngajar lagi. Biasa sudah kita dgr kes2 begini, tapi kali ni bukan nak komen pasal mana hilangnya manusia2 tu td, or anak2 muda yg lepak tepi longkang di kala azan bergema, tapi nak beri pendapat skit pasal ustaz2 ni. Ada satu kisah, saya lupa sgt dr mana saya baca or dgr, n tak brapa igt nama sahabat ni, insyaAllah nnt saya cuba carik balik. kisahnya, srg sahabat ni slalu bg kuliah dan pada satuhari bila dia hadir untuk memberikan kuliah, dilihatnya tetamu begitu ramai. kemudian beliau berkata, aku tidak boleh memberikan kuliah pada hari ini. so sahabat yg lain bertanya kenapa, beliau menjawab kerana, beliau takut timbul sifat riak dan takbur bila melihatkan begitu ramai yg dtg mahu mendengar kuliah beliau. Ni cerita sahabat, tetapi lain pulak ceritanya dgn ustaz2 kita pada hari ni.
saya tidak mengatakan semua ustaz sedemikian, tetapi ada sebahagiannya sedemikian. semasa di kg, masa raya haji, pak sedara sy srg membangkitkan cerita yg dia tak pernah jumpa ustaz yg bila disoal dia tidak tahu, dan jawapan yg diberikan kadang kala tidak memuaskan hati. kenapa mesti ada ustaz2 kita ada sifat begini? tidak semestinya seorg ustaz itu perlu mengetahui semua perkara, ustaz juga hanyalah seorg manusia. kalau tidak tahu atau tidak pasti akan jawapan yg perlu diberikan, kenapa tidak mengatakan tidak tahu, atau akan cuba mencari maklumat mengenainya. berbalik kepada perkara asal, jika sahabat dulu, tidak mahu memberikan kuliah kerana bilangan pendengar yg ramai, tp ustaz kita pd hari ni pula, tidak mahu memberikan kuliah kerana bilngan pendengar yg sedikit. tidakkah, mereka ada tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada mereka yg sedikit itu tadi, yg dtg dgn ikhlas hati mahu menuntut ilmu.
Saya pernah jumpa seorang ustaz, yang sanggup mengajar dan membuat kelas hanya kepada seorang anak murid kerana anak murid ini tadi pergi berjumpa beliau untuk belajar. bukan kisah dongeng tapi berdasarkan pengalaman, sbb sy pernah mengaji tauhid ngan ustaz ni n anak murid tadi tu adalah sahabat sy, tp skjp je, takde rezeki sbb now keje kat penang. ustaz ini mengorbankan masa peribadinya dengan memulakan kelas pada jam 11 mlm, sbb sepanjang hari, dia sibuk ngajar. masa tu pulak beliau ni br mendirikan rumah tangga, tp dia ngajar kami smp kul 1-2 pg. ini ada antara salah satu ustaz yg bg saya patut dicontohi oleh ustaz yg lain. tiada alasan jika murid yg hadir sedikit, kerana walau sedikit pun, mereka ni hadir untuk menuntut ilmu.
Nak jumpa seorang guru yang murshid bg mendalami ilmu bukan senang, sesuatu yang berharga tentunya tidak mudah didapati, betul tak. so marilah bersama, meneruskan pencarian agar dipermudahkan oleh-Nya dan dipertemukan dengan seseorang yang membimbing kita menujju ke jalan yang betul., insyaAllah.
Tuesday, January 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment