
Terdetik di hati untuk melahirkan rasa sedih terhadap apa yg dilakukan kepada seorang pemimpin sunnah, iaitu Saddam Hussein. Akhbar berita hharian hari ini, memaparkan berita mengenai mayat saddam yg disiksa selepas kematian beliau. perkara ini amat menyayat hati, sekujur mayat yang mahu dimandi jenazahkan sekali pon perlu diperlakukan selembut dan sehalus mungkin, kerana arwah baru sahaja melalui azab mati yg begitu hebat sakitnya. inikan pula menyeksanya sejurus meninggal.
Mungkin terdapat ramai diantara kita tidak sedar, bahkan saya sendiri di satu ketika dulu, yg puak syiah ini yang hanya pada namanya sahaja adalah Islam. Mereka ini adalah fitnah yang paling besar ke atas umat islam. Mungkin kite berasa bangga dengan kemenangan Hizbullah yang menentang Israel di labenon tidak lama dahulu, dan dgn tanpa sedar melahirkan rasa mahu menyokong mereka, tanpa kita sedar mereka ini adalah dikalangan golongan yang sesat. Ajaran sesat yang terbesar di dalam islam adalah syiah. syiah sendiri terbahagi kepada beberapa pecahan tetapi kebanyakan darinya adalah menyimpang dr islam dan menolak sahabat nabi disamping mempercayai imam yg 12, yang disamatarafkan bahkan lebih mulia dari para nabi dan rasul.
Jadi sekiranya kita tidak sedar tentang perkara ini, golongan kafir telah mengaburi mata kita dengan merencanakan kekejaman Saddam Hussein. tetapi tahukah kita bahawa apa yg beliau lakukan ialah memerangi golongan sesat. Seorang pemimpin sunnah yang menggadaikan nyawanya demi memnentang puak yg sesat. perang dgn Iran juga begitu, pemimpin Iran sendiri ada dr kalangan Syiah, dan apa yg dilakukan oleh Saddam Hussein skali lagi ialah menentang puak yg salah. Jadi sedarkah kita, di pihak mana kita skrg? Jika kita tahu betapa sesatnya mereka ini, maka akan kita sedar betapa menakutkan kesesatan mereka ini.
Sedih mengenangkan penghinaan yg diberikan kepada beliau, sy mengambil kesempatan untuk menukilkannya, agar jika tidak banyak, sedikit cukup untuk menambahkan bilangan mereka yang sedar tentang pengorbanan yg telah beliau lakukan dan menyedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan org syahid. Di sini saya senaraikan beberapa link yg menerangkan tentang asal usul syiah dan kesesatan mereka. Semoga kita ditempatkan dikalangan org yg mendapat rahmat dan perlindungan daripada-Nya, insyaAllah.
1. Raudah
2. SaifulIslam
3. Albayyinat



No comments:
Post a Comment